konco-konco SIRAP.ikut la nk nk jadi konco kawan ke tidak k!

Friday, 31 January 2014

6.Cerita cuti

Assalammualaikum...

Wow long long time ago since my last post.
Who care?guesss...guessss..
aha!
Nobody.

So back to the why-you-suddenly-think -to- blog-out -something?

Ah tak payah nak ber-bahasa inggeris sangat.
Ok sejak Raya Haji pada October 2013 yang lalu sehingga 28 Januari 2014 aku telah tidak pulang ke kampung.
Alasan :-
1.For the first time ever,i ask my leader anddd i got this answer
"oh...we are in critical peak season why don't you postpone your leave?"
Aku dah.."ermmm..aaaaa..hmmmm...OK la".

So in-conjunction-with CNY,aku terus memutuskan tarikh postpone cuti pada 30/1/2014 until 4/2/2014
Dan,i'm so excited to be at home!

***********************************************

Di rumah...
Did i ever mention my hometown is KEDAH?KEDAH?KEDAH?

Kedah Darul Aman.
Why so many enter in this entri huh?
 OK OK...

So balik rumah,dapat fresh air,
Ada emak,abah,adik dan adik dan kawan adik dan kawan adik.

Sangat happening!
So sampai rumah 4am tepat!
Terus salam mak,then tido seperti penat gila -aku -yang drive
Padahal dalam kereta pon aku tido ja dari KL
Oh,sort of my hobby :)

Then bangun pegi kenduri cousin of cousin ....
At the end or beginning of the conversation, killer question is a must!
Tak tau ka killer question tu apa???
Hang koman!

Ini contoh killer question "Bila nak keduri???"
Then mak will automatically paling and let me answer that question.
Cis tak tolong cover lansung.Then with a magical word ever is in Sha Allah.Then the conversation stop there.

Thanks Allah for this powerfull word.

Then harini pergi merewang which is tolong-tolong la potong bawang ka ubi ka or whatt so ever things we do untuk preparation bahan masakan lauk kenduri kahwin.
Beause kenduri kampung is about masak sendiri.
Hire a catering is not a wierdo trend nowadays,but here we still have a PAKATAN or AHLI REWANG or SYARIKAT.

SYARIKAT is not SYARIKAT (that we always seen in TV drama)
SYARIKAT means a group of orang kampung that invest some money towards khemah,meja,kerusi,periuk,kawah,pinggan,mangkuk dan everything that we need to use for KENDURI!

Get it?
Or hampa semua dah tahu then skip je baca that paragraph.

So nak cerita petang tadi aku pi tolong potong ubi ja.Itu saja.(now you can puji la i am so rajin)ihiik

Sebab rumah kenduri is not so far away,I decided to jalan kaki balik rumah.
and...i really feel the kampung...

Literally,My family about 2 years back to stay at kampung.
Since mak and abah dah retire,Mak decided to have rumah kampung for anak cucu balik.
So he we go.
Di atas sebidang tanah pusaka,Sebuah rumah putih di bina.
Jadi,perasaan jakun is still there.
So balik kampung,memang rasa balik kampung lah!

Before this duduk rumah taman yang full of fool people.Hello jiran lama if you read this. GTH!(if you know what i mean and you know how great all of you do to my family)

OK gewam tau kalau ingat balik.
Now,back to the story...

Tadi tiba tiba sahaja black out.Rumah black out.
Terus aku teringat entri 5.Aku dan laci itu,boleh baca disini --->>SINI

Then hamam(my adik) set up a camp fire.
Di sini pula sedang musim sejuk waktu malam.Jadi memang sangat best ah..
Hamam dan kawan hamam buat pondok for lepak lepak,then we bring out some toto,bantal,selimut then sambil angin sejuk,sambil ada campfire,sambil ada anak buah dua orang terjerit-jerit...
How lovely..seronok woi..
Then kami main bunga api,and gelak,and gelak lagi...until lampu menyala.
dan semua bersorak,lari masuk kerumah tinggal segala toto (sapa-last-dia-kena-angkat-tradisi)
Dan luckily aku bukan orang terakhir.

Sebab ?
Maharajalawak Megaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah start.

Then end up dengan aku menaip entri ni,sebab kalau aku simpan simpan,aku akan lupa.
Dan begitu cerita cerita yang aku simpan sampai tak tercerita.

So inilah permulaan cuti yang sangat menarik bagi aku.Ya,,,sangat menarik.
Hopefully semua akan OK.Pastu lepas ni aku pon tak tau la bila pulak nk post lagi entri.

Bye,
Sirap


Friday, 3 January 2014

5.Aku dan laci itu.

Buat kesekian dua kalinya,rumah aku (rumah sewa )di landa blackout yang rumah kami kami sahaja.

buat aku teringat cerita aku dan laci itu.
Dulu abah simpan lilin dalam laci.
Laci yang hitam,laci yang rendah, dan laci yang mudah di capai itu.

YA!!
Yang paling mudah AKU capai.
Aku ambil sebatang lilin dari lagi yang hitam,rendah dan mudah capai itu.
Aku berlari bahagia ke dapur emak.
"ketik...ketik..." aku petik dapur gas memasak emak.
Haaa dah menyala,hati hati aku berjalan pegang lilin.
Salah langkah lilin cair,menitis terkena tangan.
Api sumbu pula terpadam .
Jadi aku harus berhati-hati.
Hari itu rumah tiada karan.Blackout.Gelap
Gelita!!

Abah bingkas ke laci hitam itu,yang rendah dan mudah di capai.
Abah seluk laci ,menggodek isi perutnya.
Dapat !
Sebatang cuma,

Abah jeling aku dalam samar.Aku buat tak endah dalam hitam itu.
Aku 'buat-buat' buat kerja sekolah depan lilin nan sebatang itu.

Emak mengipas adik yang menjadi hidangan lazat si nyamuk jahat.
Abah meninggalkan aku yang sedang 'rajin' itu.Dia pergi menyertai si suami jiran sebelah berperut boroi tidak berbaju.Menyertai perbualan yang entah apa tajuk asalnya.

........

Sejenak di dalam rumah..
Aku berhenti berlakon membuat kerja sekolah setelah benar-benar pasti abah sudah menyertai pakcik Boroi  menambah 'ajinomoto dalam perbualan yang entah apa tajuk asalnya itu.Yang pasti ada deraian gelak besar selepas itu.
Aku pasti.Abah sedang leka berbual.


Aku menyelak muka surat tengah buku tulis ku.
Aku cabut kertas daripada buku.
Itu lah trick nya kalau kau nak koyak kertas daripada buku.
Kertas itu ku kutil pada cebisan lebih kecil.
Aku hantar ke api.
Terbakar.
Aku suka.
Cebisan itu terbakar.Habis semuanya.
Aku berfikir-fikir mau mengoyak lagi muka surat tengah buku tulis garis-garis itu.
Tapi,dek terbayang muka Cikgu Anita,guru Bahasa Melayu ku yang bakal memulas perutku kalau buku nipis secara magik.Aku menghentikan niat itu .Gerun.

Tiba-tiba mata aku silau ,,,,
Lampu dah menyala.Kipas pon dah laju,
Aku bersorak ria.Tapi kegembiraan aku bermain api tadi lebih seronok.

Adik yg enak lena terjaga dengan tempikan aku.
Dia bangun menyertai kegembiraan aku.
Emak bising sebab aku bising.
Jadi emak dan aku sama.Kami sama-sama bising dalam perasaan yang lain-lain.
Mak bising ;marah
Aku bising;gembira

Lilin nan sebatang itu ku hembus sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday to you" bersama adik.

Esoknya,aku terjumpa segenggam bunga api hasil sorokan aku selama ini.
Jadi,
Aku lari ke laci hitam,yag rendah dan yang paling mudah aku capai itu.
Kosong.
Ku raba lagi.
Kosong.

Aku hampa.
Tiada lagi episod bermain api.
Jimat gas memasak emak.
Abah pindahkan lilin ke lokasi rahsia yang lain.
Yang aku tak mampu capai.
Yang tinggi,
Yang aku tak pasti warna apa....

Bye,
Sirap


signature