Buat kesekian dua kalinya,rumah aku (rumah sewa )di landa blackout yang rumah kami kami sahaja.
buat aku teringat cerita aku dan laci itu.
Dulu abah simpan lilin dalam laci.
Laci yang hitam,laci yang rendah, dan laci yang mudah di capai itu.
YA!!
Yang paling mudah AKU capai.
Aku ambil sebatang lilin dari lagi yang hitam,rendah dan mudah capai itu.
Aku berlari bahagia ke dapur emak.
"ketik...ketik..." aku petik dapur gas memasak emak.
Haaa dah menyala,hati hati aku berjalan pegang lilin.
Salah langkah lilin cair,menitis terkena tangan.
Api sumbu pula terpadam .
Jadi aku harus berhati-hati.
Hari itu rumah tiada karan.Blackout.Gelap
Gelita!!
Abah bingkas ke laci hitam itu,yang rendah dan mudah di capai.
Abah seluk laci ,menggodek isi perutnya.
Dapat !
Sebatang cuma,
Abah jeling aku dalam samar.Aku buat tak endah dalam hitam itu.
Aku 'buat-buat' buat kerja sekolah depan lilin nan sebatang itu.
Emak mengipas adik yang menjadi hidangan lazat si nyamuk jahat.
Abah meninggalkan aku yang sedang 'rajin' itu.Dia pergi menyertai si suami jiran sebelah berperut boroi tidak berbaju.Menyertai perbualan yang entah apa tajuk asalnya.
........
Sejenak di dalam rumah..
Aku berhenti berlakon membuat kerja sekolah setelah benar-benar pasti abah sudah menyertai pakcik Boroi menambah 'ajinomoto dalam perbualan yang entah apa tajuk asalnya itu.Yang pasti ada deraian gelak besar selepas itu.
Aku pasti.Abah sedang leka berbual.
Aku menyelak muka surat tengah buku tulis ku.
Aku cabut kertas daripada buku.
Itu lah trick nya kalau kau nak koyak kertas daripada buku.
Kertas itu ku kutil pada cebisan lebih kecil.
Aku hantar ke api.
Terbakar.
Aku suka.
Cebisan itu terbakar.Habis semuanya.
Aku berfikir-fikir mau mengoyak lagi muka surat tengah buku tulis garis-garis itu.
Tapi,dek terbayang muka Cikgu Anita,guru Bahasa Melayu ku yang bakal memulas perutku kalau buku nipis secara magik.Aku menghentikan niat itu .Gerun.
Tiba-tiba mata aku silau ,,,,
Lampu dah menyala.Kipas pon dah laju,
Aku bersorak ria.Tapi kegembiraan aku bermain api tadi lebih seronok.
Adik yg enak lena terjaga dengan tempikan aku.
Dia bangun menyertai kegembiraan aku.
Emak bising sebab aku bising.
Jadi emak dan aku sama.Kami sama-sama bising dalam perasaan yang lain-lain.
Mak bising ;marah
Aku bising;gembira
Lilin nan sebatang itu ku hembus sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday to you" bersama adik.
Esoknya,aku terjumpa segenggam bunga api hasil sorokan aku selama ini.
Jadi,
Aku lari ke laci hitam,yag rendah dan yang paling mudah aku capai itu.
Kosong.
Ku raba lagi.
Kosong.
Aku hampa.
Tiada lagi episod bermain api.
Jimat gas memasak emak.
Abah pindahkan lilin ke lokasi rahsia yang lain.
Yang aku tak mampu capai.
Yang tinggi,
Yang aku tak pasti warna apa....
Bye,
Sirap
No comments:
Post a Comment