konco-konco SIRAP.ikut la nk nk jadi konco kawan ke tidak k!

Saturday, 8 February 2014

9.Hari Kantin Sekolah

Hari itu hari kantin sekolah.
Aku beli kupon jualan Hari Kantin berharga RM5.00/sekeping (minimum harus beli) atas ikhsan duit yang emak beri.Itu pun setelah beberapa minggu aku merengek nak pergi jugak Hari Kantin Sekolah.
Tak sampai tengahari ,habis aku belanjakan semua.

Waktu itu paling famous dan paling cool gila jika kau boleh beli ialah,
Hot Dog
Daging Burger/Burger
Aiskrim paddlepop dan
air oren berkarbonat F&N atau lebih mesra namanya Fanta

 habis kupon aku.
Waktu itu Hari Kantin lah paling seronok.
Pelajar boleh datang dengan ibu bapa dan merengek pada ibu bapa untuk beli itu dan ini.
Aku anggap ia satu temasya besar besaran.
Yang aku rasa balik rumah malam jap lagi mesti akan keluar berita pasal sekolah aku buat Hari Kantin.

Tapi...
Mak abah aku tak layankan sangat hal-hal temasya besar yang aku agungkan ini.
Seingat aku,mak dan abah tak pernah datang ke Hari Kantin Sekolah.
Hari Sukan apatah lagi walaupun aku pelari acara 100m lompat pagar,100m dan 4x100m.

Aku faham mereka kerja.
Cukup lah duit bekalan membeli kupon.
Sudah lah,buat apa nak sedih.Sekarang aku sudah sedar Hari Kantin Sekolah bukanlah acara yang begitu gah.
No wonder mak abah aku xlayan sangat.Aku pon xheran nak mintak mak abah aku datang.Cuma bila tengok mak abah orang lain datang,aku macam jeles sikit.Padahal rasa berdikari gila mak abah xpayah datang pun tak apa.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Acara rasmi yang paling aku tunggu tunggu ialah Pertandingan Karaoke.
Tiket masuk sudah ku beli tersimpan di dalam poket tracksuit ku.
Celaka juga pertandingan karaoke sekolah pon nak jualan tiket.
Tambah celaka,budak lencana senget ni pergi jugak beli tiket.

Dah kata cara rasmi....kikiki
Pertandingan Karaoke bermula pukul 2 petang.
Kupon telah habis ku belanjakan.Apa yang akan ku nikmati tatkala menyaksikan pertandingan karaoke itu nanti??
Tekak kering perlu dibasahkan.

Aku perlu pantas.
Aku capai basikal "PERDANA" ; basikal pertama yang abah beli untuk aku.Aku Bangga!
Aku kayuh.Laju..Laju...dan lajuuu...
Sampai rumah.Sepi.Mak abah kan berkerja....
Aku menyelinap masuk,mencari baki duit syiling daripada seluar kerja abah ataupun lebihan duit di bawah almari solek emak.

Tiada..Tiada...dan tiada.
Jam sudah 1.45 petang.
Aku perlu pantas,kelak aku bakal ketinggalan dengan acara terpenting hari ini.Lagaknya seakan aku lah yang menjadi peserta Pertandingan Karaoke atau juri penilai.
Padahal,
Aku cuma penonton bodoh,penyumbang tepukan penambah kemeriahan.


Hasil daripada kekecewaan dan penyesalan tiada sisa duit tinggalan di rumah,Aku kembali ke sekolah yang 400m daripada rumah dengan membawa botol air yg di isi dirumah tadi.
Walaupun tak dapat tempat paling depan pentas,sekurang-kurangnya jelas lah pandangan aku melihat lentok tari,nyanyian merdu mereka itu.

Mereka siapa?
Pelajar manja,muka lawa,kegemaran cikgu semuanya.
Jadi pada hari itu,mereka mahsyur,penuh gemilang.
Aku bertepuk-tepuk.Sebab semua pun tepuk.
Lalang.

Tamat pertandingan.
Aku pulang ke rumah membawa bekas air yang kosong dan ringan
Emak dan abah juga sudah pulang dari kerja.
Mereka membawa ayam goreng kegemaran daripada kedai ayam goreng idaman,
Aku Bahagia.
Aku beri tepukan yang bergemuruh.Temasya memakan ayam goreng kegemaran lagi GAH!
Hari hujan.Mak abah aku makan ayam goreng bersama.
Aku bahagia.Benar-bernar bahagia.

Mak dan abah.
Terima Kasih !



Moral:
Kegembiraan itu tak perlu datangnya daripada sesuatu yang besar.Dan kegembiraan itu kadangkala perlukan pengorbanan.Lebih manis kau usahakan untuk mengecap kegembiraan itu.

Bye,
Sirap

Tuesday, 4 February 2014

8.Peristiwa Kaku Konvokasi 2013 by Mokmel

Assalammualaikum.

Ni cebisan gambar daripada hasil tangkapan Mokmel .Kalau kau rajin scroll lah.Itu pun kalau rajin lah.
Most of gambar ni aku tak upload dekat facebook mahupun instagram.Ingat aku hadap sangat like dengan sampah notification?kekekeke
Asbabnya gambar ni size besar malas aku nak upload .Ni tak pa la pakai unifi.Laju  macam mulut kau menghanjing kereta depan sebab bawak slow di lane kanan.Eh...









bukan susah sangat nk photobomb gambar sendiri :)


Tengok sekarang,cari mana mafla aku??eiiiii

Aku tak ada dalam gambar ni kan?Xda kan..









Setakat ini dulu..Dah malam.Mokmel pon nak balik.Bye!

Ada yang xsempat masuk,aku minta maaf.Yang tak tertangkap aku sorry.
Banyak lagi..Aku tak boleh blah kedai ni dok reja tumis terbatuk batuk aku.


Bye,
Sirap

7.Cerita Persiapan Hari Konvokasi

Assalammualaikum....

Konvokasi ka konvobasi??hahaha
Aku sampai terpaksa (padahal rela) keluar untuk pergi cari internet laju sebab nak publish entri ni.


Konvokasi telah di jadualkan pada 21 September 2013 yang lalu dan Hari pre-konvokasi ada lah pada hari sebelumnya iaitu 20 September 2013.Aku ni daripada lepas praktikal tahun 2012 lalu dah siap merancang macam-macam punya agenda merepek untuk majlis konvokasi ni.Bukan apa untuk lebih rasa umpphhhh..Dan pada hari sebenar...

*Aku skip hari prelude okay,sebab macam terlebih excited ja nak cerita peristiwa pada hari sebenar.

Keluarga
Mula mula cerita pasal family la okay.Mak Abah Cida dan Hammam telah diterbangkan daripada Alor Setar ke LCCT untuk menghadiri majlis Konvokasi aku.Kakak aku pula memang sudah menetap disini.Aku pendatang baru disini.

Persiapan
Baju- Aku cuma recycle balik baju kurung pahang cotton kegemaran berharga RM 39 yang dibeli di jalan TAR
Tudung -Beri sedikit penghargaan pada diri dengan membeli halfmoon satin berharga tahap bayar parking KLCC
Kasut- Kasut sedondon warna dengan tudung.
Overall pakaian,dah macam warna rasmi "Merry Christmas" (kau tgk jelah gambar nanti)

Update:Oi oi aku siap pakai inai OK..punya la pulun gila.Dah kenapa mcm nk kawen kan.Mampui p laaa.

Urusan dengan Univerisiti
Yang ni kau kena takecare sikit.
Syarat sah melayakkan kau dapat ke majlis konvokasi adalah Tamat sesi pembelajaran dengan jayanya.
Makna kata,xdak repeat,carry paper,missing any credit hour and Yuran pengajian sudah dilangsaikan tanpa gagal.
Buat clearance.Kau jaga-jaga kalau dulu kau banyak kena saman.Aku OK ,aku kan macam baik sikit.kekeke
Pergi tanya dengan finance pasal hal hutang piutang yang tertinggal.Berbahasa la elok-elok.Jangan main gila kakak angkat aku ada situ kot.

Yuran Konvokasi | Jubah dan gambar
Buka web http://www.unikl.edu.my/web/unikl/convocation
Daripada situ kau boleh buat checklist sendiri macam aku buat ni

My convocation checklist
Photographer
Oleh sebab rasa poyo gila.Aku menghire-kan seorang pemain camera ber-resolusi tinggi untuk majlis aku.
Kawan lama,jadi aku paksa dia beri harga kawan-kawan pada aku.
Berpatutan gila sebab daripada pagi sampai ke malam dok reja tangkap gambaq ja.Aku syak ini cara di meminta maaf kerana selalu buli aku masa time praktikal diploma di Alor Setar pada tahun 2009 dulu.kekeke (mok aku melawak ja mok)Walaupun aku ni xreti sangat nak posing.Macam kayu ja.Hantam sajalah.
Ini dia mokmel.Nama manja.Nama betui Haikal..Chekout his space ..click SINI

*            *            *

Bawah ni gambar daripada official photographer.Yang bayar RM170 termasuk Jubah tu.
Wei ,aku dengar tahun ni (2014) Unikl buat jubah baru.Paling tak syok adalah mafla tu.Asyik la nak jatuh la...Macam la org gila sikit-sikit kena tarik...huishh...Nak posing liar pon xboleh kena kaver-kaver tarik mafla syaitooon tu.

Gambar yg siap dihantar kira OK la.Aku dengar tahun lepas (2012) senior-senior punya convo,Service macam palat.Hantaq salah alamat.Lambat nak mampui.Tak edit lansung.Kira Hang berpeluh jerawat ka time tu ,berpeluh jerawat la hang dapat hardcopy.Kan senior kan??? Kan laaa..kan laaa..



Tudung nak mengelembung tu kenapa??Sampahnya...



Bye,
Sirap


signature