Konvokasi ka konvobasi??hahaha
Aku sampai terpaksa (padahal rela) keluar untuk pergi cari internet laju sebab nak publish entri ni.
Konvokasi telah di jadualkan pada 21 September 2013 yang lalu dan Hari pre-konvokasi ada lah pada hari sebelumnya iaitu 20 September 2013.Aku ni daripada lepas praktikal tahun 2012 lalu dah siap merancang macam-macam punya agenda merepek untuk majlis konvokasi ni.Bukan apa untuk lebih rasa umpphhhh..Dan pada hari sebenar...
*Aku skip hari prelude okay,sebab macam terlebih excited ja nak cerita peristiwa pada hari sebenar.
Keluarga
Mula mula cerita pasal family la okay.Mak Abah Cida dan Hammam telah diterbangkan daripada Alor Setar ke LCCT untuk menghadiri majlis Konvokasi aku.Kakak aku pula memang sudah menetap disini.Aku pendatang baru disini.
Persiapan
Baju- Aku cuma recycle balik baju kurung pahang cotton kegemaran berharga RM 39 yang dibeli di jalan TAR
Tudung -Beri sedikit penghargaan pada diri dengan membeli halfmoon satin berharga tahap bayar parking KLCC
Kasut- Kasut sedondon warna dengan tudung.
Overall pakaian,dah macam warna rasmi "Merry Christmas" (kau tgk jelah gambar nanti)
Update:Oi oi aku siap pakai inai OK..punya la pulun gila.Dah kenapa mcm nk kawen kan.Mampui p laaa.
Urusan dengan Univerisiti
Yang ni kau kena takecare sikit.
Syarat sah melayakkan kau dapat ke majlis konvokasi adalah Tamat sesi pembelajaran dengan jayanya.
Makna kata,xdak repeat,carry paper,missing any credit hour and Yuran pengajian sudah dilangsaikan tanpa gagal.
Buat clearance.Kau jaga-jaga kalau dulu kau banyak kena saman.Aku OK ,aku kan macam baik sikit.kekeke
Pergi tanya dengan finance pasal hal hutang piutang yang tertinggal.Berbahasa la elok-elok.Jangan main gila kakak angkat aku ada situ kot.
Yuran Konvokasi | Jubah dan gambar
Buka web http://www.unikl.edu.my/web/unikl/convocation
Daripada situ kau boleh buat checklist sendiri macam aku buat ni
My convocation checklist |
Oleh sebab rasa poyo gila.Aku menghire-kan seorang pemain camera ber-resolusi tinggi untuk majlis aku.
Kawan lama,jadi aku paksa dia beri harga kawan-kawan pada aku.
Berpatutan gila sebab daripada pagi sampai ke malam dok reja tangkap gambaq ja.Aku syak ini cara di meminta maaf kerana selalu buli aku masa time praktikal diploma di Alor Setar pada tahun 2009 dulu.kekeke (mok aku melawak ja mok)Walaupun aku ni xreti sangat nak posing.Macam kayu ja.Hantam sajalah.
Ini dia mokmel.Nama manja.Nama betui Haikal..Chekout his space ..click SINI
* * *
Bawah ni gambar daripada official photographer.Yang bayar RM170 termasuk Jubah tu.
Wei ,aku dengar tahun ni (2014) Unikl buat jubah baru.Paling tak syok adalah mafla tu.Asyik la nak jatuh la...Macam la org gila sikit-sikit kena tarik...huishh...Nak posing liar pon xboleh kena kaver-kaver tarik mafla syaitooon tu.
Gambar yg siap dihantar kira OK la.Aku dengar tahun lepas (2012) senior-senior punya convo,Service macam palat.Hantaq salah alamat.Lambat nak mampui.Tak edit lansung.Kira Hang berpeluh jerawat ka time tu ,berpeluh jerawat la hang dapat hardcopy.Kan senior kan??? Kan laaa..kan laaa..
Tudung nak mengelembung tu kenapa??Sampahnya... |
Bye,
Sirap
No comments:
Post a Comment