konco-konco SIRAP.ikut la nk nk jadi konco kawan ke tidak k!

Tuesday, 31 December 2013

4.Memilih menulis.

Assalammualaikum.

Bila mana orang lain tak kisah,
dan aku sangat kisahkan nya ,
Jadi aku memilih untuk menulis.
Melangsaikan monolog dalaman yang beraja di minda.
Tak minta dihebah cerca.

Tempat melampias perasaan rasa hati.
Sebab di dunia realiti,bila aku bercakap,tak semua dengar dan faham.
Dan bila kau berada dan membaca disini,semoga kau tumpukan perhatian.

Ini pasal aku,apa yg aku nampak dan apa yang aku rasa.
Dan kalau rajin,mungkin kita dapat rasa dan nilaikan bersama.

Tempoh aku kemas kini laman ini tidak segila di laman lain.
Ada kala selalu,ada kala jarang.Ada kala,tak ada.

Aku menulis sebab aku sudah mula lupa apa yg berlaku di belakang hari.
Mungkin bila aku bukan laman ini,buat aku ingat kembali.
Ada yg suka,dan ada yg rasa nk mati kalau rasa.

Selamat datang.
Selamat membaca.

Bye,
Sirap :)

Monday, 23 December 2013

3.Perempuan & Kentang

Arakian ini satu cerita,buat tatapan tauladan bersama..

Bagai kentang rebus yang empuk dilenyek,
dihentam kecam bersama mayonis,
Dinikmati enak lemak dan manis.

Kami bangkit dari dilenyek,
Kami bersuara dari di hentam,
Dunia dengar tapi pekak kan,
Diikat kejam kami ikutkan

****

Sampai kami hilnag dari pandangan,
Bersuara hilang dari kebiasaan,
Khabar kosong tak ada balasan,
Baru mencari telinga nk dipasangkan.

Pergi kami tinggal-tinggalkan,
Jgalah dirimu turut perintah tuhan,
Kita jumpa dimuka pengadilan,
Nasib terbela ditangan tuhan.

****
Waktu itu,

Kentang lenyek tak rasa kentang,
Lemak mayonis hilang bertempiaran,
Mari kita mula bincangkan,
Dosa dosa mu dulu ikut turutan.

Tammat




Nota: Kepada yang tak faham teruskan pembacaan,supaya senang kelak fahamkan.
         Penggunaan kosa kata mudah bunyi nya lawak,tapi mudah untuk faham dan hdamkan.
         Penderaan manipulasi keatas penghambaan wanita.
        Apa mereka mampu cuma simpankan.
        Pada yang Maha Kuasa tempat minta pertolongan.
        Berehat lah disana,giliran kami berbaris tiba.

Sirap-

Sunday, 8 December 2013

2.Berbasa basi

Ghazz meminta diri ke bilik ibadat berdekatan untuk menunaikan kewajipan.
Dia taat.
Aku membawa haluan mengikut langkah,melewati lot lot kedai berhawa dingin.
Kanak-kanak dan orang berkeluarga sesak memenuhi lapang  yang ada.
Pergi balik la woi!

Sampai ke gedung buku pilihan ramai aku melangkahkan kaki ke dalam perut kedai itu.
Nak jelajah isi perut ,tengok apa yg ada.
Terjumpa buku "Mat Som" tulisan Dato' Lat saudara kepada Mamat Khalid  pengarah gagap "abang...abang.." yang kaya dek jualan meletop filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ,ah sudah dua baris aku jaja nama mereka.

Bagus isunya,Mat Som bin Mat Top.Hidup di kotoraya,berbekalkan gaji sebagai penulis sambilan.Menumpang hidup dengan si Su'od.
Mat Som dapat surat daripada Mat Top ,di suruh berkahwin dengan Wan Faridah kawan sepermainan tika kanak-kanak....
Kalau nak lebih lebih cerita pergi la sana beli.Aku pun baca percuma saja tadi.Nasib sempat habiskan.
Cerita bersama ilustrasi,bagus juga untuk makhluk pemalas imagine yg hidup atas bumi ini.Kau lah tuari.

Habis membaca,aku bergerak ke rak buku seterusnya,
Seksi Ovari tulisan Fazleena Hisahmuddin.
Mendengus seorang perempuan lalu di sebelah aku sambil pekik
"Ishhhh tajuk ape tah Seksi Ovari,tah apa apa!!"
.................................

aku.."Oi bodoh,kau ni memang kesian kan"

Jenis ni aku paling benci.Tak baca lagi dah komen komen.Aku peratiiiiiiiii,peratiiiiiiiii,peratiiiiiiii je.
Anggap jela dia cuma membaca buku latih tubi sasbadi.

Kisah aku,
Mata aku dah masuk tiga hari sepet,bengkak dek terkena jangkitan kuman liar penjahat!
Aku sabar je.Nak perati tak nampak.hehe..

Kisah orang lain,
Viral Facebook,Tak cerita pasal tunang,cerita pasal Kahwin.
Itu je la buat masa sekarang.

Aku apa ada?Koman spana!

Jumpa lagi
-Sirap :)

Friday, 6 December 2013

1.Perjalanan Baru

Bismillahirohmanirahim..

Aku dah tamat belajar.
Sudah bekerja 
dan sudah punya hutang sendiri.

Itu perkembangan terbaru aku.
sedang melalui fasa pertama dewasa.Sedang menyerap pengalaman untuk dicerita pada anak cucu nanti,
yang padahal masa tu kalau tipu apa pun mesti dipercaya saja

butiran lanjut....


1.Tiga tahun setengah
Alhamdulillah berjaya tamatkan pengajian dlam masa tiga tahun setengah dengan hanya berbekalkan credit exemption lebih kurang 16jam saja.Setiap semester membebankan diri dengan tak pernah kurang daripada 18 creadit di ambil.Pernah lebih ke 21 credit diambil.

2.Industrial Training
Alhanmdulillah,berjaya menamatkan latihan industri selama empat bulan dengan jayanya.Rezeki tawaran latihan industri datang dengan merambangkan  Antaranya Sapura Technology,Denso,UPM Medical School,Hitachi dan Sony.Ku pilih yg terakhir...

3.Konvokasi
Alhamdulillah sudah berkonvokasi,Officially bergelar Graduan University Kuala Lumpur Malaysian Spanish Insitute in Bachelor (Hons.) of Engineering Technology Mechatronic (Automotive) pada 21 September 2013.Majlis gilang gemilang..

4.Kerja.
Alhamdulillah,Berkat doa sang ibu dan abah.Tawaran kerja datang dengan mudah sejenak habis latihan industri.Sedang elok benar tawarannya tiba,bila sudah selesai bercuti dan benar benar menamatkan hidup 'enjoy' yg dulu.Sudah bersedia menjadi dewasa dan terus menjadi diri sendiri.

5.Berjauhan keluarga.
Jarak lebih jauh kilometer daripada keluarga.Tetap berhubung sama.Pulang tika mahu berjumpa,Telepon bertanya sapa.Rindu,opkos lah ada.Nasib baik si Sirap bukan jenis homesick,cuma akan menangis bersama shower dan tekup bantal di muka.Heh.

6.Rezeki
Enam bulan pertama kerja,Elaun sara diri daripada Mara masih masuk ke akaun,heh habis belajar awal.Mara pula membayar elaun saya selama 4 tahun.Yuran Pengajian di tanggung oleh Mara..Emak Abah masih sihat di kampung dan Kawan-kawan baik melayani saya.

7.Saya
Saya,aku,sirap.Adalah manusia yang wajib bersyukur.Wajib tunduk membengkok,duduk menyembah Tuhan Agung pemberi rezeki daripada Nombor 1 ke Nombor 6 yang telah di senaraikan itu. Jika mau ditimbang amalan,tidak setimpal di balas tuhan rezeki sebegitu.Semua mahu sudah ada,sudah dapat.Kerdil dan malunya asyik meminta,tunduknya kurang,isi tiada.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Wei,
Kita selalu pandang akan rezeki orang lain dan berkata "betuahnya dia..."..."bestnya jadi dia"
Ah,kau tidak bersyukur!

Sampai bila begitu?
Mahu jadi seperti dia,jadi!
Tetapi dengan usaha.
Selalu aku pesan junior-junior "Tak pandai tak apa,Janji rajin" 
kan adik adik Kak Sirap :)

Bye
...........................................



signature