konco-konco SIRAP.ikut la nk nk jadi konco kawan ke tidak k!

Friday, 6 December 2013

1.Perjalanan Baru

Bismillahirohmanirahim..

Aku dah tamat belajar.
Sudah bekerja 
dan sudah punya hutang sendiri.

Itu perkembangan terbaru aku.
sedang melalui fasa pertama dewasa.Sedang menyerap pengalaman untuk dicerita pada anak cucu nanti,
yang padahal masa tu kalau tipu apa pun mesti dipercaya saja

butiran lanjut....


1.Tiga tahun setengah
Alhamdulillah berjaya tamatkan pengajian dlam masa tiga tahun setengah dengan hanya berbekalkan credit exemption lebih kurang 16jam saja.Setiap semester membebankan diri dengan tak pernah kurang daripada 18 creadit di ambil.Pernah lebih ke 21 credit diambil.

2.Industrial Training
Alhanmdulillah,berjaya menamatkan latihan industri selama empat bulan dengan jayanya.Rezeki tawaran latihan industri datang dengan merambangkan  Antaranya Sapura Technology,Denso,UPM Medical School,Hitachi dan Sony.Ku pilih yg terakhir...

3.Konvokasi
Alhamdulillah sudah berkonvokasi,Officially bergelar Graduan University Kuala Lumpur Malaysian Spanish Insitute in Bachelor (Hons.) of Engineering Technology Mechatronic (Automotive) pada 21 September 2013.Majlis gilang gemilang..

4.Kerja.
Alhamdulillah,Berkat doa sang ibu dan abah.Tawaran kerja datang dengan mudah sejenak habis latihan industri.Sedang elok benar tawarannya tiba,bila sudah selesai bercuti dan benar benar menamatkan hidup 'enjoy' yg dulu.Sudah bersedia menjadi dewasa dan terus menjadi diri sendiri.

5.Berjauhan keluarga.
Jarak lebih jauh kilometer daripada keluarga.Tetap berhubung sama.Pulang tika mahu berjumpa,Telepon bertanya sapa.Rindu,opkos lah ada.Nasib baik si Sirap bukan jenis homesick,cuma akan menangis bersama shower dan tekup bantal di muka.Heh.

6.Rezeki
Enam bulan pertama kerja,Elaun sara diri daripada Mara masih masuk ke akaun,heh habis belajar awal.Mara pula membayar elaun saya selama 4 tahun.Yuran Pengajian di tanggung oleh Mara..Emak Abah masih sihat di kampung dan Kawan-kawan baik melayani saya.

7.Saya
Saya,aku,sirap.Adalah manusia yang wajib bersyukur.Wajib tunduk membengkok,duduk menyembah Tuhan Agung pemberi rezeki daripada Nombor 1 ke Nombor 6 yang telah di senaraikan itu. Jika mau ditimbang amalan,tidak setimpal di balas tuhan rezeki sebegitu.Semua mahu sudah ada,sudah dapat.Kerdil dan malunya asyik meminta,tunduknya kurang,isi tiada.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Wei,
Kita selalu pandang akan rezeki orang lain dan berkata "betuahnya dia..."..."bestnya jadi dia"
Ah,kau tidak bersyukur!

Sampai bila begitu?
Mahu jadi seperti dia,jadi!
Tetapi dengan usaha.
Selalu aku pesan junior-junior "Tak pandai tak apa,Janji rajin" 
kan adik adik Kak Sirap :)

Bye
...........................................



No comments:

signature